Saturday 15 June 2013

Mentor Bisnes?

Mempunyai mentor bisnes....

Role mentor bisnes yang penting adalah:

+ Memberikan wisdom
+ Meminjamkan networking
+ Menjadi introducer

Wisdom datang dari banyaknya ilmu dan pengalaman dalam bidang bisnes.

Ambil dalam kes ini:

Seorang bisnesman muda telah membeli stok 500 helai pasang telekung dari kilang. Dia tertarik membeli jumlah itu kerana towkay kilang memberikan diskaun 30% dengan kredit 18 hari.

Sekarang dia mengalami stress bagaimana hendak menjual telekung itu kerana tempoh 18 hari itu sudah hampir tamat, dan dia terpaksa membayar towkay kilang.

Kata Sang Mentor kepadanya, "Nampaknya objektif tuan hendak menjual telekung itu sudah bukan atas 'tujuan bisnes' lagi. Tuan stress handak menjual telekung itu kerana hendak membayar hutang!"

Sang Mentee terpinga-pinga. Selama ini dia tidak faham apa yang dikatakan 'tujuan bisnes'.


Dari Ainon Business School

No comments:

Post a Comment